10 sebab kenapa perempuan cun selalu gagal dalam bercinta dan lambat kahwin? Suatu persoalan.
10 cara mohon maaf
Heyy u alls !
Saya nak tanya nih , ada tak korang pernah buat salah ?
Mesti adakan ? Setiap orang tidak pernah tak buat kesalahan dalam hidupnya.
Tak kira lah , salah kepada ibu bapa , suami , isteri , kengkawan , BF or GF ke ..
Tapi , kat sinisaya nak bagi sedikit tips untuk mohon maaf kepada orang yang kita sayangi =)
Nak tahu , Apa caranya ? JOM TERJAH !!!
Korang hantarkanlah sejambak bunga ke rumah atau ke pejabatnya serta selitkan kad ucapan yang ditulis dengan kata - kata indah untuk memujuknya. "Sayangg , abang minta maaf ! :)
Coklat sememangnya boleh menenangkan ! So , apa lagi , hadiahkanlah kepadanya tanda korang memohon maaf dan tenangkan dia dengan menyuapkan coklat tersebut ke mulut ! OHH , So Sweettt ~
Korang boleh jugak buat kad ucapan yang tertulis 10 sebab mengapa si dia perlu memaafkan korang . Perkara yang pertama yang seharusnya korang tulis ialah yang korang amat mencintainya dan tidak mahu kehilangannya sampai bila-bila.
Bagi sesiapa yang berhati jiwang atau yang meminati muzik ke kan , apa kata kalau korang tujukan lagu kepadanya di radio kegemaran korang berdua dengan ucapan maaf atau korang menyanyikan sendiri untuknya tetapi jangan sumbang sudahlah . HAHA . Nanti , pekak pulak jadinya , kekasih korang tuh . hukhuk .
Bagi perempuan atau seorang yang bergerlar isteri , korang boleh masakkan masakan kegemarannya dan beri layanan sebaiknya agar si dia merasakan sangat bertuah memiliki insan istimewa seperti korang.
Bawa si dia ke tempat yang tenang dan pemandangan yang cantik . Misalnya , di pantai-pantai , pusat-pusat peranginan yang lain bagi menyejukkan hati si dia dan mudah untuk kamu memohon maaf . Terutamanya kepada lelaki di luar sana , yang selalu buat salah kepada isteri or kekasihnya :)
Imbas kembali saat - saat manis korang berdua dan pujuklah si dia agar memaafkan korang demi kenangan manis itu . For sure , secara tidak langsung , dia mesti akan memaafkan kesalahan korang tuh . Tapi , kalau dia tengah marah , mood tak elok ke , jangan pulak memandai je , nak pujuk dia lelebihh . Kena makan penumbuk pulak karangg. haha.
Bagi lelaki yang rasa bersalah , korang bolehlah menghantar sekeping nota maafdan sekuntum bunga di hadapan rumahnnya di awal-awal pagi sebelum si dia kelua dari rumah . Pastinya si dia akan tersenyum dan lembut hati apabila melihat kesungguhan korang tu . Saangat SWEEET ! >.<
Tidak perlulah hadiah yang berharga atau kad tetapi dengan kata-kata maaf dengan senyuman yang ikhlas boleh juga melunturkan kemarahan seseorang . Percaya atau tidak , cubalah ~
Menghantar e-mel , comment ataupun SMS kepada si dia yang membolehkan si dia ketawa apabila membaca SMS tersebut . Tetapi dalam pada itu , korang selitkanlah dengan kata-kata maaf supaya hatinya terbuka untuk memaafkan korang semua :)
KENAPA WANITA MENGELUARKAN AIRMATA
Itulah kenapa perasaan seorang wanita sangat peka. Allah menciptakannya dengan 9 perasaan dan 1 akal, maka mereka selalu mengutamakan perasaannya ketika ia hadapi sebuah permasalahan.
Tak hairanlah ketika perasaannya sedang sebak, air matanya pun mengalir. Bukan kerana dia lemah, tapi dengan air mata itulah ia meluahkan segala rasa yang ada didadanya beban kehidupannya dan permasalahan yang dihadapinya
Kenapa Allah menciptakan wanita begitu istimewa? Wanita diberikan sebuah bahu yang begitu kukuh menahan beban dunia dan isinya, dan dia jadikan bahu itu begitu nyaman dan menenangkan, ketika dia harus menopang kepala bayi yang sedang tertidur.
Allah menciptakan wanita dengan kekuatan untuk bertahan, ketika yang lain menyerah dan putus asa pada keadaan kerana mereka yakin akan sebuah harapan.
Diciptakannya mereka begitu sabar menghadapi cercaan dari bayi yang dilahirkannya dari rahim
Allah memberikan mereka kesabaran untuk selalu memberikan perhatian dan kasih sayang pada keluargannya walaupun dirinya letih, mereka tetap berjuang tanpa kenal lelah dan kadangkala menahan sakit namun mereka tidak pernah berkeluh kesah.
Cinta yang diberikan kepada putera puterinya tidak terbatas. Dia hanya tulus memberi dan tidak pernah mengharap kembali.. walau kadangkala dia disakiti dan dicaci maki namun setiap saat dan keadaannya dia begitu beerti tidak pernah sakit hati walau hatinya sering kali dilukai.
Wanita sebagai semangat dan kekuatan untuk membimbing suami ketika masa sulit yang dihadapinya bukankah wanita dicipta dari tulang rusuk lelaki. Bukankah tugas sebuah tulang rusuk adalah untuk melindungi jantung dan hati agar ia selalu selamat dan tak tercedera?
Satu kekhususan yang Allah berikan pada wanita, AIR MATA. kerana dengan air mata wanita boleh menumpahkan perasaannya bila mereka memerlukannya. Bukan sebuah kelemahan ketika wanita menangis tapi air mata itu adalah sebuah air mata kehidupan.
‘Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”. ((Al-Hadith)
Oleh kerana itulah wahai ikhwan jadikan jangan kau siakan wanita. Ingatlah kau juga dilahirkan dari rahim ibumu yang juga seorang wanita, jika kau melukai hati wanita itu sama halnya kau lukai hati ibumu.
Jadi, lelaki dan wanita ada kelebihan dan kekurangan.Itulah sebab kita di jadikan supaya dapat melengkapi antara satu sama lain. Segala amalan yg kita lakukan tetap akan di balas walau sebesar zarah.
"READ ME n FOLLOW ME ,btw lurRVe me too "

|
| |
|
|







