C O M E A G A I N

Segala puji dan kesyukuran kepada Allah atas kurniaanNya, atas segala pemberianNya kepada ku yang membolehkan diri ini terus survive di dunia yang penuh pancaroba ini.Sesungguhnya nikmat yang diberikan terlampau banyak pabila dibandingkan  dengan bilangan aku bersyukur padaMu.Ampunkan aku ya Allah
Hari ini hari ahad,.Maksudnya selepas ini ada permulaan kepada minggu study yang merupakan waktu yang paling digemari oleh pelajar pelajar .Bukan kerana dapat study,tetapi kerana tiada kelas.Begitu juga dengan penulis =)
Jadi untuk menghadapi masa yang mencabar ini,sudah pasti sedikit persediaan diperlukan agar kita tidak karam di tengah tengah pengembaraan.Insyaallah sedikit masukan mengenai persediaan yang perlu dilakukan
1)Menjaga kesihatan
Persediaan pertama ialah menjaga kesihatan.Penjagaan kesihatan amat penting kerana jika diserang penyakit semasa persediaan untuk final exam sudah pasti akan menjejaskan sedikit sebanyak moral pelajar pelajar,dan akan mendorong kepada keputusan yang kurang memberangsangkan.Ini boleh dilakukan dengan kawalan permakanan.Elakkan minuman berkarbonat,makanan segera(Maggi,McD etc–boikot),makanan ringan,dan juga makanan makanan yang boleh membawa kepada alergi.Setiap petang,kita sepatutnya turun beriadah untuk mengeluarkan peluh.Kerana dengan mengeluarkan peluh,toksin toksin dalam badan akan terembes keluar melalui peluh kita.Dan ini juga salah satu saranan dalam Islam untuk miliki tubuh yang sihat.

Menyihatkan badan
Rasulullah bersabda
Orang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah berbanding mukmin yang lemah dan pada masing masingnya ada kelebihan.”(HR Bukhari)
2)Study
Ini sudah tentunya element yang penting semasa persediaan menghadapi final exam.Tetapi study sahaja tanpa perancangan juga mempunyai kelemahan.Jadi seeloknya ,rancang bagaimana kita hendak study.Saranan yang ingin penulis kongsikan,adalah dengan study bersama rakan rakan yang lain(study group) dan membuat nota personal.Dan tidak lupa juga,kita hendaklah membuat jadual untuk study.Jadi rutin kita akan lebih tersusun dan bersistematik.Jika jadual dipatuhi,pasti kita akan lebih bersedia menghadapi final exam.Dalam Islam sendiri menyuruh kita untuk berusaha mencapai sesuatu.
Dan manusia hanya memperoleh apa yang telah diusahakan“[53:39]
Selepas kita berusaha,barulah kita bertawakal.
Kemudian apabila engkau sudah membulatkan tekad,maka bertawakallah kepada Allah.Sungguh Allah mencintai orang yang bertawakal itu.”[3:159]

study study
Mungkin ada segelintir manusia yang kiranya agak “taksub” dengan ayat surah muhammad:7,di mana Allah berjanji akan menolong orang yang menolong agama Allah.Mereka percaya dan lantas tidak berbuat usaha untuk mencapai kejayaan.Ini adalah fahaman yang silap.Kita terlebih dahulu perlu berusaha untuk mencapai kejayaan dan kemudiannya bertawakal
3)Taqarrub kepada Allah
Taqarrub di sini bermaksud mendekatkan diri kepada Allah.Sesungguhnya usaha semata mata tidak akan berhasil tanpa keridhaan Allah.Itu adalah pasti.Jadi ,dalam menghadapi saat saat genting ini,perbanyakkanlah ibadat,perbanyakkanlah zikrullah,perbanyakkanlah solat malam dan solat sunat.Sesungguhnya pelbagai fadhilat yang ditawarkan oleh Allah.Tetapi ,penulis bukan bermaksud menyuruh anda semua taqarrub kepada Allah di waktu exam semata.Sepatutnyakita patut mendekatkan diri kepada Allah setiap masa,setiap saat kerana Allah itu sendiri begitu hampir dengan kita.Subhanaallah.
Dan sungguh Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya“[50:16]

Dekatilah Dia,nescaya Dia pasti lebih mendekati kita
Jadi,carilah keridhaan Allah.Dengan keridhaan dariNya,insyaallah yang terbaik untuk diri kita pasti akan kunjung tiba.Dan beristiqomahlah.Ya benar,istiqomah begitu sukar.Nabi Muhammad beruban apabila turun ayat untuk beristiqamah.
Maka tetaplah engkau di jalan benar sebagaimana telah diperintahkan kepadamu dan juga orang yang bertobat bersamamu dan janganlah kamu melampaui batas.Sungguh dia Maha Melihat apa yang kamu kerjakan“[11:112]
Janganlah kita mengharap ridhaNya hanya semasa exam week,dan selepas selesai,kita kembali menjauhiNya.Seperti di dalam ayat 22-23,surah Yunus.
4)Mohon doa dari ibubapa
Selain keridhaan dari Allah,keridhaan dari ibubapa juga kita perlu.Hubungilah keluarga,minta supaya mereka mendoakan kita.Semoga doa mereka akan menjadi pemangkin dan penguat kepada usaha kita dalam mencapai kejayaan.Insyaallah,sama sama berbuat

Pohon la doa dengan rendah hati
Jadi,inilah serba sedikit yang penulis ingin kongsikan dengan pembaca sekalian.Kehidupan kita pasti akan berubah dalam masa beberapa minggu selepas ini.Tapi biarlah berubah ke arah yang lebih baik,lebih terancang dan yang pastinya kena lah berlandaskan syariat Allah.Semoga anda semua(dan juga penulis) akan beroleh kejayaan yang diimpikan.Kepada warga batch Cheme Jan 07,ini adalah final exam terakhir untuk tahun ini.Jadi,buatlah sebaik mungkin.Mari tingkatkan kualiti dan juga prestasi.Insyaallah.All the best for the upcoming final examination Sesi Jan 2011

final exam yang akan menjelang.
“All the best kawan kawan,saudara saudara ku dan semua sekali yang akan menghadapi final exam.Terutamanya di POLIKU
wallahuallam
Dan tetaplah memberi peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat untuk orang orang mukmin“[51:55]

THANKS FOR READING


PRESS BUTTON LIKE

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan komen c comel dan c ensemboy


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...